Memandangkan cuaca negara kita sangat panas. Jadi penggunaan penghawa dingin sangat penting.  Apabila penghawa dingin tidak berfungsi ia sangat mengecewakan. Oleh tu, terdapat beberapa masalah penghawa dingin yang anda mungkin hadapi.  Mari kita lihat antara sebab penghawa dingin anda tidak berfungsi dan bagaimana cara untuk anda menangani masalah ini.

Masalah kebocoran penghawa dingin
Masalah kebocoran adalah perkara yang sering berlaku tetapi ia boleh menjadi lebih teruk disebabkan air, kulat dan lain-lain.  Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika terdapat kebocoran ialah memeriksa bekas air (drain pain) pastikan ia tidak berkarat. Kedua, anda hendaklah memastikan tiada barang yang tersumbat di dalam saluran menyebabkan air tidak sampai ke bekas air.  Ketiga, jika saluran bersih kemungkinan kompresor anda beku dan menyebabkan kebocoran.

Masalah penghawa dingin membeku
Gegelung membeku juga salah satu sebab penghawa dingin anda tidak berfungsi. Masalah gegelung membeku bukan lah perkara yang serius ia mudah untuk ditangani.  Sebenarnya, cara untuk mengelakkan gegelung tersebut daripada beku hanya memastikan penapis anda ditukar setiap bulan. Jika dengan cara menukar penapis masih tidak dapat menyelesaikan masalah , kemungkinan anda mempunyai masalah penyejat yang kotor atau tahap sejuk yang rendah.

image from thebestsingapore

Masalah kompresor yang bising
Kompresor yang bising disebabkan masalah tali kipas. Masalah ini mudah untuk diperbaiki kerana tali kipas cuma terkeluar dari landasan. Anda hanya perlu memperbetulkan dengan hanya memasukkan semula di tempatnya. Masalah ini perlu ditangani supaya kipas tidak menjadi semakin teruk sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Tali kipas juga akan semakin rosak jika tidak diperbaiki.

Kompresor tidak berfungsi
Apabila musim sejuk tiba apa yang anda perlu lakukan ? pertama ialah pastikan tiada tenaga dari unit luar. Kedua, pastikan suis yang dicabut dalam keadaan ‘ON’. Ketiga, jika pemutus dan wayar berfungsi dengan baik dan tidak terbakar kemungkinan penyambung atau thermostat anda yang rosak.   

image from schdm.com

Penghawa dingin tertutup dan buka secara automatik
Jika masalah ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama, kekurangan gas penyejuk disebabkan penghawa dingin anda akan tertutup dan terbuka secara automatik dengan lebih kerap.  Kedua, penghawa dingin terlalu besar disebabkan ia sejuk pada satu arah sahaja tidak sama rata seperti yang sepatutnya.  

image from 123rf.com

Litar pintas
Setiap kali anda menghidupkan kompresor akan berlaku litar pintas hal ini disebabkan pemutus litar yang lemah.  Kemungkinan juga masalah dari penghawa dingin itu sendiri, kompresor, penghubung yang rosak atau kipas pengewap berlitar pintas. Ia perlu diperbaiki secepat mungkin.

Masalah thermostat
Masalah thermostat rosak mudah diketahui jika thermostat menunjukkan suhu yang tidak betul. Kemungkinan disebabkan kalibrasi thermostat anda rosak.  Pertama, kalibrasi semula thermostat anda jika dapat diselesaikan. Jika tidak anda perlu menggantikan dengan thermostat yang baru. Harga thermostat tidak mahal dengan ini dapat mengurangkan kos anda.

image from ebay.com

Kesimpulannya
Seperti yang diatas, pelbagai masalah penghawa dingin yang berlaku jika anda tidak mencegahnya dari awal.  Dengan mengetahui isu-isu ini dapat memberi idea untuk mencegah masalah ini dari berlaku. Sebagai pengguna anda hendaklah sentiasa memastikan penghawa dingin anda dalam keadaan yang baik supaya ia dapat meningkatkan keselesaan anda juga.

Service aircond di Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong
Jika anda mengalami masalah di atas cepat bertindak sebelum aircond anda semakin teruk sehingga tidak digunakan lagi . Hubungi juruteknik penghawa dingin anda dengan segera untuk mengenal pasti apakah isu yang anda sedang hadapi. Rujuk perkara ini dengan orang lebih pakar.