Penghawa dingin adalah satu keperluan disebabkan sesetengah kawasan beriklim panas tetapi sesetengah pandangan penghawa dingin ialah sebagai satu tanda kemewahan. Penghawa dingin dapat membantu rumah menjadi sejuk dan selesa. Sebagai pengguna hendaklah sentiasa memastikan penghawa dingin anda dalam keadaan baik supaya tidak berlaku kerosakan di waktu anda memerlukan.

Bagaimana penghawa dingin berfungsi
Fungsi penghawa dingin ialah memindahkan haba dari dalam rumah ke luar.  Penghawa dingin dan peti sejuk sama fungsinya tetapi ia menyejukkan seluruh kawasan rumah atau ruang pejabat.  Penghawa dingin menggunakan bahan kimia yang bertukar daripada gas kepada cecair kemudian menjadi gas semula. Fungsi penggunaan bahan kimia adalah untuk memindahkan haba dari udara di dalam kawasan yang tertutup ke luar.

Penghawa dingin terbahagi kepada 3 bahagian:

  • Kompresor
    Terletak diluar rumah
  • Kondensor
    Terletak diluar rumah
  • Penguap
    Terletak di dalam kawasan
image from howstuffworks.com

Tutup Penghawa Dingin Apabila Keluar Rumah
Penggunaan Penghawa dingin lebih mahal berbanding kipas tetapi cara untuk anda menjimatkan wang ke atas bil iaitu tutup jika anda tidak berada di rumah dan buka semula jika anda berada di rumah. Anda boleh menggunakan penghawa dingin jika anda memerlukannya

Kebanyakan rumah kosong sewaktu hari bekerja jadi inilah masa yang sesuai untuk menutup penghawa dingin anda. Anda boleh menetapkan alat pengatur anda sama ada merendahkan atau menutupnya sewaktu anda tiada di rumah. Anda boleh menetapkan masa 15 hingga 20 minit sebelum  anda pulang ke rumah. Suhu akan menjadi sejuk apabila anda tiba dirumah.

image from repairsunrise.com

Anda Perlu Menukar Penapis Udara
Penapis udara berfungsi untuk mengumpul semua debu-debu, pencemaran dan sebagainya semasa proses pemanasan dan penyejukan berlaku. Bagaimana cepatnya penapis udara kotor terletak kepada jenis penapis dan keadaan di rumah.

Penapis mengeluarkan udara yang bersih.  Ia sebenarnya mengandungi kesan bagi membuat penapis lebih efisien, tetapi ia juga meningkatkan rintangan dan mengurangkan aliran udara.  Jika perkara ini berlaku tiba masanya untuk anda menggantikan penapis udara yang baru.

Penapis udara mestilah digantikan setiap bulan atau setiap tahun supaya ia bebas dari kotoran.

image from 123rf.com

Penapis tidak cekap boleh merendahkan kecekapan penghawa dingin. Ia disebabkan penapis terlalu kotor kerana tidak dibersihkan atau diganti dengan penapis yang baru.  Penapis biasanya menyenaraikan nilai laporan kecekapan minimum (MERV) supaya anda boleh memilih antara penapis yang mempunyai MERV yang lebih tinggi atau MERV yang lebih rendah tetapi ia kurang berkesan dalam penapisan.

Penyelenggaraan Penghawa Dingin Menyebabkan Masalah Yang Lebih Besar
Penyelenggaraan penghawa dingin perlu dijaga dengan baik untuk meningkatkan kecekapan. Apabila debu dan kotoran tidak dibersihkan ia akan menjadi kurang efisien dan kos bil anda akan meningkat dalam penyejukan kerana jika penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik ia mungkin bekerja terlalu kuat sehingga menyebabkan suhu udara tidak konsisten dan kerang keselesaan.

Jika anda menyelenggara penghawa dingin anda pada setiap tahun dapat mencapai objektif bagi memastikan jangka masa penggunaan penghawa dingin anda bertahan lebih lama.  Anda boleh rujuk profesional dalam membersihkan dan memeriksa gegelung, penapis, tali pinggang kipas, melincirkan motor, memeriksa kawalan keselamatan dan sebagainya.

Antara sebab lain penghawa dingin tidak dapat menghasilkan udara sejuk kemungkinan disebabkan oleh kebocoran saluran.  Ia boleh menyebabkan kehilangan 20 hingga 40 peratus daripada tenaga yang keluar walaupun penghawa dingin yang beroperasi, jika saluran lulus di luar ruang sejuk (ini termasuk attics, crawlspaces dan garaj).

Ketahui Panduan Sebelum Membeli Sebuah Penghawa Dingin
Jangka hayat penghawa dingin tidak lebih 13 tahun dan kini tiba masanya anda untuk menukar dengan penghawa dingin yang baru kerana kos untuk memperbaikinya memerlukan kos yang mahal atau ia menjadi tidak efisien lagi.

image from geniusaircon.com.sg

Anda sebagai pengguna perlu bijak untuk memilih dengan saiz yang baik dan harga yang sesuai.  Pertama, anda perlu memikirkan di mana anda mahu letakkan penghawa dingin antara ruang yang kecil atau ruang besar. Disebabkan saiz penghawa dingin yang terlalu besar dan terlalu kecil akan membazirkan tenaga. Kedua, peralatan berapa banyak haba menjana dan lampu yang anda gunakan, berapa penghuni yang tinggal di rumah, berapa banyak tetingkap yang ada dan di mana kedudukan tetingkap itu berada.  Ketiga, anda ingin membeli penghawa dingin dengan harga yang tepat untuk bajet anda. Sebuah unit penghawa dingin biasanya dijangka tidak lebih 13 tahun. Oleh itu, untuk memanjangkan lagi jangka hayatnya ia perlu diservis dengan kerap.