Ia adalah cara yang terbaik untuk memastikan anda tidak menghadapi masalah dengan penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik atau rosak sepenuhnya. Jika anda dapat mengenalpasti punca kerosakan penghawa dingin dengan cepat ia akan dapat diperbaiki dengan cepat sebelum ia semakin teruk.  Dengan itu, terdapat beberapa gejala utama yang mungkin menunjukkan bahawa sistem anda memerlukan perhatian oleh profesional.

Mengesan Dan Membaiki Kerosakan Aircond

  • Udara kurang sejuk

Apabila berlakunya udara tidak sejuk seperti biasa atau sama sekali, ini memberi isyarat bahawa sistem anda memerlukan pembaikan yang serius. Walaubagaimanpun, ianya disebabkan oleh beberapa faktor seperti penapis udara kotor, tahap penyejuk yang rendah atau ada saliran kondesen yang terhalang sehingga menyebabkan kebocoran. Masalah ini memerlukan bantuan seseorang yang lebih pakar.

image from polki.pl
  • Aliran udara yang lemah

Jika hanya sedikit sahaja udara yang keluar melalui saluran walaupun anda telah menetapkan angin sistem aircond yang tinggi, mungkin ianya terdapat beberapa masalah.

Pertama, penampat tidak berfungsi. Kedua, jika aliran udara lemah pada beberapa saluran pada rumah anda sahaja mungkin disebabkan saluran itu sendiri. Ketiga, serpihan dalam saluran dan kurang aliran udara boleh menyebabkan risiko kesihatan. Dapatkan khidmat pembersihan saluran anda secara profesional untuk menyelesaikan isu ini.

image from Chillsairconditioning.com
  • Kebocoran air

Penghawa dingin menarik kelembapan udara sambil menurunkan suhu. Kelembapan tersebut perlu disalurkan keluar daripada bilik anda. Jika tidak, air akan bocor di dalam unit dan juga lantai bilik anda. Biasanya kelembapan tersebut akan mengalir keluar dari rumah anda melalui paip kepada berkas pan hingga ke longkang. Ini adalah saliran yang betul.

Jika paip tersebut tersekat, bocor atau pam kondeset tidak berfungsi air akan masuk semula ke dalam dan boleh merosakkan sistem.  Anda juga akan berhadapan dengan masalah lain seperti kerosakan dinding, siling dan juga perabot.

image from 123rf.com
  • Penghawa dingin berbunyi

Jika sistem penghawa dingin anda mengeluarkan bunyi pelik apabila dihidupkannya.  Ia menunjukkan terdapat masalah dan sekiranya anda lewat mengambil tindakan ianya akan membawa kepada masalah yang lebih serius.  Perkara ini berlaku disebabkan tali tersisih ataupun sistem anda memerlukan pelincir, manakala bunyi pengisaran menandakan galas motor pecah.

image from 2breathe.com
  • Bau yang busuk

Jika penghawa dingin anda berbau busuk ini kerana terdapat masalah dalam sistem.  Kebiasaanya, bau pedas menandakan penebat wayar berkarat, manakala bau hapak bermaksud acuan telah membiak di dalam saluran atau unit anda.

image from zliving.com