8 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Penghawa Dingin

image from dailyhunt.in

Di Malaysia biarpun waktu malam atau pagi suhu cuaca panasnya tetap sama. Sebagai penduduk Malaysia anda perlu mendapatkan penghawa dingin anda sendiri bagi kegunaan pada waktu malam supaya anda dapat tidur yang berkualiti sepanjang malam tanpa terjaga disebabkan peluh dan panas.

  1. Jenis Penghawa Dingin
    Perkara pertama semasa anda membuat pilihan adalah ruang dan bajet anda.  Ini kerana penghawa dingin yang anda akan beli nanti bergantung kepada saiz dan ciri-ciri khas. Pelbagai jenis penghawa dingin.

    • Pertama ialah penghawa dingin jenis tingkap iaitu ia hanya sesuai untuk bilik yang kecil dan selalunya diletakkan berdekatan dengan tingkap atau kawasan dinding. Models ini cukup besar dan mengeluarkan bunyi yang agak bising tetapi harganya murah.
    • Kedua, penghawa dingin jenis central sesuai untuk ruang yang tertutup.  Ia lebih efisien, kurang berbunyi tetapi harga lebih mahal dan sukar untuk dipasang.
    • Ketiga, penghawa dingin mudah alih ia sejenis yang boleh digerakkan di dalam rumah. Harga yang lebih murah dan juga kurang tenaga, mudah untuk memasang, tetapi kurang berkuasa dan tidak boleh digunakan sebagai stand-in jenis biasa.

    Kebanyakan rumah sesuai dengan jenis tingkap atau sistem yang berasingan. Bagi rumah yang besar sebuah aircon yang centralized adalah lebih baik. Manakala untuk ruang tamu dan dapur, penghawa dingin mudah alih akan memberi anda keselesaan apabila berada di ruang tersebut iaitu dengan mengeluarkan udara yang bersih.

  2. Saiz Yang Betul
    Untuk pemilihan saiz yang sesuai, anda perlu melihat melalui keluasan lantai,siling, ruang dinding yang mana penghawa dingin mungkin akan diletakkan. Selain itu, anda juga perlu mengambil kira jumlah orang yang akan menghinap di dalam bilik dan jumlah orang yang akan berkongsi kesejukkan penghawa dingin tersebut.
  3. Kos Dan Penjimatan Tenaga
    Anda perlu berhati-hati dengan dua jenis kos sebelum membeli penghawa dingin murah. Berhati-hati dengan harga dan kos penggunaan keranai ia meelibatkan tenga elektrik anda pada masa akan datang. Anda perlu membeli air condition yang mempunyai harga berpatutan dan tidak akan menggunakkan banyak tenaga elektrik tetapi memberi perkhidmatan yang efisien.
  4. Adakah anda perlu mendapatkan inverter penghawa dingin?
    Non-inverter pemampat dan motor hanya berfungsi pada tahap kelajuan satu tetapi lebih berpatutan. Mudah untuk dipasang, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik semasa penggunaan. Tambahhan pula terdapat variasi suhu yang besar dan bunyi. Fungsi inverter ialah mengawal kelajuan pemampat untuk mengubah suhu di mana ia diperlukan dan akan mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 30-50 peratus jadi ia lebih mesra alam.
  5. Tahap Bunyi Yang Rendah
    Sesetengah penghawa dingin mengeluarkan bunyi dan getaran kerana ia akan menukar air disebabkan oleh kepanasan dan secara langsung mengeluarkan udara sejuk. Semestinya anda tidak mahu tidur anda terganggu disebabkan bunyi bising tersebut. Jadi anda perlu memilih penghawa dingin yang mempunyai tahap bunyi yang rendah.
  6. Kos Penyelenggaraan Penghawa Dingin
    Anda mestilah sentiasa memastikan tingkap penghawa dingin dalam keadaan baik. Ia boleh terdedah dengan kotoran disebabkan debu dan partikel akan berkumpul di dalam penapis semasa bekerja. Jika tidak diperiksa segala yang terkumpul akan bercampur menyebabkan keberkesanan penghawa dingin berkurangan.
    Jika anda ingin penghawa dingin tahan dalam jangka masa yang lama anda perlu membersihkan sekurang sekali setahun. Tingkap penyaman udara dengan meluncur keluar casis membuatkan ia lebih baik kerana apa yang anda perlu lakukan adalah hanya memasang aircond untuk akses . Kebanyakan penapis boleh dibasuh dengan sabun dan air.
  7. Gas R22 Atau R410?
    Kedua jenis gas ini digunakan sebagai cecair penyejuk.  R22 telah menjadi standard kepada bahan pendingin digunakan dalam aircond untuk bertahun-tahun. Ia kurang efisien dan kurang mesra alam berbanding bahan pendingin R410.
  8. Kemudahan Memasang
    Jika anda memilih tingkap air cond, di mana anda boleh memasang sendiri, anda perlu mengupah juruteknik yang cekap bagi memasang aircond tersebut. Pemasangan akan menjadi lancar jika air-cond anda yang baru sesuai dengan air condition yang lama dan ia akan berfungsi dengan baik dengan saluran utama air-cond yang sudah ada.